TITLE; Happy New 2016
Khamis, 31 Disember 2015 | 8:00 PG | 0 comments
)
Hai dan selamat menyambut tahun 2016 ! Apa khabar ? AK alhamdulillah semakin sihat semenjak duduk di rumah ini especially bila dah "MERDEKA" daripada SPM sampaikan kakak AK cakap macam ni,"Dik, aku tengok pipi kau dah makin naik semenjak duduk kat rumah ni ". Reaksi AK,"Biarlah,Bila orang kurus cakap kurus.Bila dah berisi cakap berisi. Nanti workout la kuruskan balik". Tapi AK sendiri tak pasti bila AK boleh workout sebabnya sepanjang masa duduk main lappy,phone dan tonton tv. AK hanya mampu berharap bila ambil result nanti takdelah orang tegur macam ni,"Eh,kau dah makin berisilah Syaf !". AK mohon takdelah orang yang akan cakap macam tu. Alhamdulillah AK dah tamat menjalani alam persekolahan selama 13 tahun. Bermula dari tadika, sekolah rendah sampailah sekolah menengah iaitu sekolah harian dan rancangan khas. AK dah menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah dengan pelbagai pengalaman. Suka,duka,pahit dan manis semasa zaman persekolahan sangat unforgetable.AK dah jumpa pelbagai jenis kawan .Ada yang macam lalang,ulat bulu,dan yang stick together through ease and hardness. AK takkan lupakan zaman persekolahan yang sangat awesome ni.
Pada tarikh 30 Disember 2015, AK dengan perasaan rendah diri memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali Ak ataupun tidak.Doakan AKdan rakan-rakan dapat result yang cemerlang dalam SPM dan doakan juga AK menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2016. AK nak buang perkara yang pahit dan simpan perkara yang manis dalam hidup AK. Kepada rakan- rakan AK , terima kasih sebab jadi rakan AK dari kecil sampai ke besar kebabom ni. Mak dan Abah yang sentiasa disayangi , semoga kalian mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Along, Angah dan Kak De , terima kasih atas kasih sayang kalian yang tak mungkin akan dilupakan. Semoga kalian menemui kebahagiaan di samping keluarga yang tersayang. Tahun ni AK malas nak buat wish list sebab AK rasa azam yang ada tahun sebelum ni pun belum habis ditunaikan. Terima kasih sebab sudi baca coretan AK yang banyak merapu ni. Selamat Menyambut Tahun 2016 dan ucapkan Selamat Tinggal Tahun 2015.Semoga tahun 2016 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.
Sekian daripada AK.


HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site






