Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; TAHUN 2014 YANG SUDAH BERAKHIR
Rabu, 31 Disember 2014 | 8:00 PG | 0 comments
Assalamualaikum.

Hai semua! Apa khabar? AK? Alhamdulillah sihat dan teramatlah baik. Bertambah bambam AK ni semenjak duduk di asrama.Kalau orang kata, duduk di asrama boleh jadi kurus, AK bangkang sekerasnya sebab AK ni jadi je bambam.(padahal AK yang tak pandai nak kawal makan). Seperti yang korang baca tadi, AK dah sekolah berasrama. Sebelum ni AK bersekolah harian je. Rezeki AK PMR, dapatlah AK merasa sekolah berasrama. Sebelum ni, kawan-kawan AK selalu cerita yang dorang selalu tidur dalam kelas, AK macam "Eh, dorang ni selamba derk je tidur. Aku tak pernah tidur dalam kelas tau!".Tapi semenjak duduk sekolah berasrama ni , AK mula faham sebab dorang tidur dalam kelas. Duduk asrama ni, semuanya kita kena buat sendiri, tak ada orang yang nak tolong kita basuh baju, kejut bangun pagi pergi sekolah dan semuanya kena punctual. Jadi,AK belajar sesuatu daripada situ. Hidup ni kita tak boleh asyik nak bergantung harap pada orang lain je, kita kena belajar buat semua sendiri. Kita kena pandai manage masa kita sebab kalau kita terlewat sikit je, semua perkara yang kita buat jadi kacau. AK rasa macam-macam perasaan bila sekolah berasrama ni, selalu teringat sekolah lama sebab sekolah lama tu AK dah terbiasa sebab AK sekolah situ selama 3 tahun. Macam-macam jadi,suka, duka, gembira, sedih, kecewa, semua bercampur . Dalam sekolah berasrama ni, AK dapat macam-macam pengalaman. Merasa perasaan menjadi pelajar nakal sebab sebelum ni AK jadi pengawas kat sekolah lama so macam nak buat crime tu susah sikit. Hehehe. BTW, waktu bulan 8 haritu, AK join trip tingkatan pergi Terengganu. Best sangat sebab AK dapat pergi melancong dengan kawan- kawan. AK rasa bertuah sebab ada kawan-kawan yang gila-gila macam AK. Kelas AK juga ada buat jamuan kelas. Suasana sangat happening sebab semua selamba main cuit kek sampai kotor baju, tudung ,seluar AK. Abang AK dah kawin and AK dah dapat anak buah baru. Comel sangat macam AK(AK sangat annoying). In Sha Allah, tahun depan bakal bertambah. AK nak share gambar-gambar peristiwa yang AK nyatakan.









 






Memandangkan tahun 2014 bakal berakhir, maka, AK dengan rendah diri memohon kemaafan dari hujun rambut hingga hujung kaki kepada semua individu yang mengenali AK ataupun tidak melalui tindakan, percakapan dan perbuatan  AK yang dilakukan tanpa sengaja ataupun sengaja. Terima kasih AK ucapkan kepada korang semua atas jasa baik korang. In Sha Allah, AK akan menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2015 dan doakan AK berjaya dalam SPM 2015. Terima kasih sesangat.





Old things | New things