Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Ceritera 2013 AK
Selasa, 31 Disember 2013 | 5:20 PG | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.

      Hai semua! Hari ini, AK malas nak menaip mukadimah yang panjang berjela jadi AK straight to the point sajalah okay. Pada tahun ini, macam-macam yang terjadi dalam kehidupan AK. Bermula dengan kehidupan menjadi pelajar Tingkatan 3 yang menyesakkan kepala. Tahu tak kenapa? Sebab AK akan menghadapi peperiksaan PMR yang terakhir dalam sejarah pendidikan Malaysia. Semua orang sandarkan harapan pada AK untuk mencapai kejayaan.perasan je kau ni AK. Tapi alhamdulillah tercapai juga hasrat AK. Azam AK untuk tahun 2013, kebanyakkannya alhamdulillah tercapai. AK akan berusaha lebih keras untuk tahun 2014. Jadi, AK mahu menutup tahun 2013 dengan memohon kemaafan kepada ibu bapa AK,guru-guru, sahabat AK iaitu geng RARE dan semualah termasuklah yang tak mengenali AK ataupun yang mengenali AK atas segala kesilapan yang AK lakukan sama ada sengaja ataupun tak sengaja.  AK mahu membuka lembaran 2014 dengan penuh kegembiraan yang amat diinginkan.

      Untuk tahun 2014, AK ada target tersendiri sebab AK tak mahulah tahun 2014 berlalu tanpa mencapai matlamat dalam kehidupan AK macam tahun-tahun yang lalu. Jadi, berikut merupakan target AK walaupun ada yang macam tak releven untuk korang,
  1. Menjadi muslimat yang lebih baik
  2. Mendidik diri menjadi seorang yang penyabar
  3. Menjadi anak yang baik
  4. Memperoleh result yang cemerlang dalam exam
  5. Menghargai persahabatan yang terjalin
  6. Seorang yang lebih peramah sebab ada orang kata AK ni sombong
  7. Bersikap berjimat-cermat 
  8. Kurangkan membaca novel
  9. Aktif dalam aktiviti sekolah
  10. Belajar tidak menyakiti orang lain
      Jadi, itu sahaja untuk coretan AK pada hari ini sebagai penutup tahun 2013. AK berharap agar korang sudi share dengan AK mengenai azam korang untuk tahun 2014.
      
      Sekian.
Yours sincerely,

Label: , ,



Old things | New things