Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; 10 Ciri Lelaki Yang Baik
Sabtu, 12 Oktober 2013 | 6:36 PG | 2 comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hi Earth! Hai makhluk ciptaan Allah sekalian! Korang sihat ke? AK alhamdulillah sihat walafiat. Dah lama kan AK tak post entry. Almaklumlah, AK merupakan calon PMR 2013. Jadi tak ada masa nak berhibur semata-mata. Alhamdulillah PMR pun sudah berlalu . Jadi AK akan start aktif balik berblogging. End of this. Okay back to our topic! Well, setiap manusia ni ada fitrah nak bercinta kan but don't know which type of guys or girls that they love. So, hari ini AK decide nak bagi tips dekat korang semua especially girls tapi boleh je guys nak tau juga tentang 10 ciri lelaki yang baik. Tapi AK tegaskan dekat sini. Ini cuma my opinion je okey. 
  • Lelaki yang menjaga solat lima fardhu bagi yang muslim. Solat merupakan tiang agama,kalau kita tak jaga solat lima fardhu, macam mana kita nak bimbing makwe kita ke arah kebaikan.
  • Lelaki yang tahu menghormati orang tua. Lelaki yang jenis macam ni lebih disenangi oleh orang lain sebab mereka ini jenis yang tahu menjaga perasaan orang lain
  • Lelaki yang tegas tapi penyayang. Memang la lelaki perlu tegas but lelaki pun kena ada sifat penyayang kalau tak lari la makwe tu akibat daripada sikap lelaki yang tegas semedang.
  • Lelaki yang menjaga pergaulannya. Janganlah buat sesuka hati dekat gadis - gadis sebab mereka bukannya milik lelaki ni tapi milik keluarga gadis tersebut
  • Lelaki yang tahu melindungi perempuan. Sikap melindungi ini perlu ada tapi janganlah sampai gadis ni rasa terkongkong dan rimas dengan sikap yang macam ni.
  • Lelaki yang setia. Gadis tidak akan suka dengan lelaki yang bersikap curang sebab setia merupakan rencah utama dalam percintaan.
  • Lelaki yang jujur. Gadis sangat-sangat tak suka bila pasangan mereka membohongi mereka kerana mereka merasakan bahawa lelaki tersebut hanya mahu mempermainkan mereka sahaja.
  • Lelaki yang tidak lokek memberikan bantuan. Tak kira lah bentuk bantuan yang macam mana pun,yang penting boleh membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan kehidupan.
  • Lelaki yang bertanggungjawab. Kita boleh lihat sama ada lelaki ni bertanggungjawab ataupun tidak apabila mereka melayan ibu bapa mereka.
  • Lelaki yang suka memberikan perhatian. Lelaki yang macam ni lebih disenangi gadis kerana mereka sanggup melayan sikap perempuan yang pelbagai gaya. Tapi,kalau melebih sangat perangai gadis tu,alamatnya break up la.
Itu sahaja yang dapat AK titipkan untuk tatapan kalian. Mungkin pendapat AK ada yang tak relevan tapi inilah pendapat AK. Harap boleh kalian boleh menerima pendapat AK secara terbuka. AK memohon kemaafan terhadap korang atas keterlanjuran kata ataupun perbuatan  yang menyakitkan hati korang. Sekian,terima kasih.

p/s: AK bukannya doktor cinta tapi hanya gadis yang banyak kekurangan.




Old things | New things