TITLE; GOODBYE 2012, WELCOME 2013
Isnin, 31 Disember 2012 | 5:38 PG | 0 comments
Assalamualaikum semua!
Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012 iaitu 31 DISEMBER 2012 . Takkan ada lagi tahun 2012. Pada tahun 2012 , macam - macam perkara berlaku dalam hidup AK. Bermula menjadi pelajar 2 Terbilang, menjadi pengawas sekolah, menyertai Kem Pengakap, belajar silat , berusaha menjadi pelajar yang baik but failed, dan macam - macam lagi. Ada hajat yang tercapai dan ada juga yang tak tercapai.Jadi AK nak tutup kehidupan AK pada tahun 2012 dengan meminta maaf dengan kawan- kawan,guru-guru dan semua la yang mengenali diri AK. AK mohon keampunan dari korang atas segala kesilapan AK sama ada dari segi tutur kata dan perbuatan.
Jadi pada tahun 2013 ini, AK ada target AK sendiri.Tak naklah kehidupan AK ini jadi sia-sia macam tahun-tahun yang lalu. AK ada beberapa azam iaitu :
- Menjadi anak yang baik
- Berusaha menjadi muslimat yang baik
- Menjadi pelajar yang disenangi guru
- Aktif sikit dalam aktiviti kokurikulum
- Berusaha memperoleh 8 A dalam PMR
- Menjadi seorang sahabat yang tulus dalam persahabatan
- No more talk harsh word
- Kurangkan baca novel cinta
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk masuk asrama
Itu sahaja azam AK.Nanti letak banyak- banyak takut tak tercapai dek akal. So apa azam korang untuk tahun 2013? Kalau nak share dengan AK pun boleh. :D
Yours sincerely ,


HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site




