TITLE; 6 SOALAN IMAM AL- GHAZALI
Rabu, 26 Disember 2012 | 6:00 PG | 0 comments
Assalamualaikum semua!
Apa khabar semua? AK alhamdulillah sihat walafiat. Baru- baru ni AK dengan keluarga AK pergi ke bandar Temerloh untuk beli baju sekolah tapi orang ramai sangat beratur jadi mak AK tak jadi la beli.Lepas tu , kami pun jalan la sambil tu nak survey Al-Quran Digital . Tanya dekat seorang uncle tu RM280. ,lepas tu jalan lagi akhirnya dapat juga Al-Quran tu.Sebenarnya AK yang nak Al-Quran tu. Hehehe.Ish dah panjang sangat AK membebel tapi tak masuk juga isi entry ni. Mukadimah punyalah panjang berjela.Okey AK straight to the point je la. Hari ini AK nak share dengan korang tentang soalan yang ditanya oleh Imam Al- Ghazali kepada anak muridnya. Mungkin ada yang dah tahu tapi AK nak juga share dengan korang. Selamat membaca. :D
Soalan Pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita dalam dunia ni?
Murid 1: Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Allah telah berjanji bahawa semua makhluk bernyawa pasti akan mati . ( Surah Ali Imran : 185 )
Soalan Kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini?
Murid 1 : Negeri China
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling jauh dengan kita ialah MASA LALU. Walaupun kita menggunakan kenderaan yang canggih sekalipun kita tak mampu kembali ke masa lalu. Kita seharusnya menjaga hari ini , esok dan hari- hari yang mendatang dengan sebaik-baiknya agar kita melakukan sesuatu yang sesuai dengan suruhan agama dan tak akan menyesali apa yang berlaku
Soalan Ketiga
Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling besar dalam dunia ini ialah HAWA NAFSU. ( Surah Al - A'raf : 179) Maka kita harus mengawal nafsu kita agar nafsu kita tak akan membawa kita ke neraka.
Soalan Keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat dalam dunia ni?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar tetapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH. "Semua tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sikap sombongnya berebut-rebut hendak menjadi khalifah".(Surah Al-Azab:72)
Soalan Kelima
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Dedaun
Imam Ghazali : Smua jawapan itu benar tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT. Janganlah kita lalai menyempurnakan ibadah kita gara-gara urusan dunia
Soalan Terakhir
Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam di dunia ini ?
Murid-muridnya menjawab serentak : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar namun yang paling tajam di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA. Manusia mudah menuturkan kata-kata yang tidak tahu yang kata-katanya mudah menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.
Setakat ini saja yang dapat AK coretkan untuk semua pembaca AK. Maafkanlah segala kesilapan AK.Segala yang baik itu daripada ALLAH dan yang buruk itu daripada diri AK sendiri.
p/s : AK bukanlah gadis yang sempurna apatah lagi ustazah.AK hanyalah seorang gadis yang banyak kekurangannya.


HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site





