TITLE; Minat Baru
Jumaat, 24 Februari 2012 | 11:26 PTG | 0 comments
Assalamualaikum semua!
Semua sihat ke? Saya sihat alhamdulillah.Dah lama kan saya tak post entry.Tak de masa nak post entry la sebabnya setiap hari minggu je ada je kerja yang nak dibuat.Sekejap kena datang sekolah sebab nak hias kelas,sekejap nak siapkan kerja sekolah.So tak de masa nak post entry terbaru so harapnya korang semua maafkanlah saya ya.Hari ni saya nak cerita tentang minat saya yang terbaru.Semua readers tau kan yang saya ni minat baca novel,berbasikal dan macam macam lagi.Tapi yang ni minat yang baru berputik.*ceh perasan
Sekarang ni saya minat sangat sangat dengar lagu dalam versi piano ataupun violin.Bagi saya,orang yang pandai main peralatan muzik ni awesome tau sebab dorang boleh menghiburkan penonton dengan persembahan dorang.Wah,saya pun nak belajar juga main piano dengan violin tapi berangan je la.Kalau boleh kan nanti , bila dah ada anak saya nak anak saya belajar main piano or violin.Tapi kalau dorang tak nak pun tak pe.*jauhnya la berfikir kan. Antara lagu yang saya minat dalam versi piano or violin ialah wedding dress,stranger sun,the myth dan sebagainya.Bagi saya , dengar muzik ni semua boleh menenangkan fikiran saya yang berserabut ni.Kadang kadang lagu lagu ni juga boleh buat saya menangis.Mungkin korang akan kata saya ni cengeng tapi saya tak kisah pun .Sebabnya dah nama pun perempuan,hati perempuan ni kan lembut,hormon pun kadang kadang tak stabil so standard la tu.Mesti korang nak dengar juga kan lagu lagu yang saya katakan best so saya pun sharekan dengan korang semua dekat bawah ni.Enjoy tau.
Ni lagu The Myth,
Dan ni lagu Stranger Sun
So sekian saja.Harap korang semua enjoy dengan entry ini.Bye.Assalamualaikum
Label: hobi


HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site




