TITLE; Umat Islam Zaman Sekarang
Sabtu, 4 Februari 2012 | 6:30 PG | 1 comments
Assalamualaikum semua!
Semua sihat ke?Dah makan?Aku dah lama tak post entry kan dalam blog ni.Lately busy sikit,almaklumlah nak siapkan homework segala.Penat tapi dah nama pun pelajar kan.Entry kali ni aku nak share entry yang aku baca.Tentang orang Islam zaman sekarang.Harap entry ni dapat berikan kita ikhtibar so baca la.
__________________________________________________________________________________
Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk baca nota ini . 3 minit sahaja! Tak lama pun ..
Mungkin ada yang pernah baca kisah ini tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi ..
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih …
Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba² masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam, tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki itu bertempik
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata
“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata
“OK, Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang, bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat.”Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas?
“ Lawak, kan? Bila daripada 1,000 orang yang mengaku Islam, hanya 20 yang betul-betul BERIMAN? “
“ Lawak, kan? Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia orang tak kata pun nak bunuh tapi generasi sekarang amat lemah! Baru kena ugut, terus lari lintang pukang! Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi. ”
“ Lawak kan? Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun bilatime sembahyang jumaat, tunjuk muka kat orang kampung. Ada tu lagi dahsyat! Setahun 2 kali saja! Bila time sembahyang raya. ”
"Lawak, kan? Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al-Quran? ”
“ Lawak, kan? Berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal tetapi masih berlumba² mengejar dunia! ”
" Lawak, kan? Kita boleh bersembang dengan boyfriend ataugirlfriend berjam-jam lamanya tetapi bila nak berdoa kepada ALLAH..... Alahai tak cukup masa! "
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah ke semua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama. Lawak, kan? Kan? Kenapa? Gelak tu kan realiti ..
__________________________________________________________________________________
Harap korang semua boleh ambil ikhtibar dari entry kali ni.Sekian.
Label: Islam


HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site





