TITLE; MY FAVOURITE NOVELS
Sabtu, 17 Disember 2011 | 2:53 PG | 0 comments
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera kepada yang bukan Islam.
Hi korang semua!Mesti korang dah pergi bercuti bersama keluarga tercinta kan?Untunglah korang.Aku?Aku bercuti kat sekolah dari hari Isnin sampai hari Jumaat.Aku kan bodyguard akak aku.Cuma hari Sabtu dan Ahad je aku duduk rumah.Aku rasa macam dah muak pegi sekolah.Mana taknya asyik2 pegi sekolah.Tapi yang sebenarnya aku tak boleh cakap macam tu kan.Sekolah tu kan gedung ilmu.Okeylah aku nak berbalik semula kepada tajuk entry hari ni iaitu MY FAVOURITE NOVELS . Aku ni pencinta buku okey ,terutamanya novel cinta.Tak sedar dirikan aku ni.Baru umur 13 tahun dah gatal nak baca novel cinta.But aku nak cakap kat korang yang ada apa penulis novel yang berumur lagi muda dari aku.Memang aku tabik spring la.Novel pertama yang aku minat ialah karya Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya.
Tajuk Buku : Andai Itu Takdirnya
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
m/s : 583
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
m/s : 583
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, ke ni memahidupan Dania akan terbela.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
__________________________________________________________________________________
Novel yang kedua ialah karya Aleya Anessa iaitu Aku Mahu Kamu.
Tajuk:Aku Mahu Kamu
Nama penulis:Aleya Anessa
Penerbitan:Alaf21
M/surat:583
Sinopsis
EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.
Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.
Novel yang ketiga ialah karya Izzul Izzati iaitu Bukan Cinta Biasa.
Tajuk:Bukan Cinta Biasa
Nama penulis:Izzul Izzati
Penerbitan:Kaki Novel
M/surat:536
Sinopsis
Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.
Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.
Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.
Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.
Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.
Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?

Aku rasa cukup untuk hari ini.Mungkin esok atau lusa aku akan update tentang perjumpaan aku bersama rakan-rakan sekolah rendah .Okey semua,aku nak pegi masak maggi ni.So aku nak chau dulu.Adios.

HELLO EARTH! Do Follow Me.
Site