Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA
Jumaat, 18 November 2011 | 9:53 PTG | 0 comments


Hi korang semua!Korang semua sihat ke?Aku harap korang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.Berdasarkan tajuk entry aku hari ni,mesti korang tau apa yang aku nak bagitau kan.Dalam sedar tak sedar,dah cuti sekolah buat kami yang masih bergelar pelajar sekolah.Aku rasa macam baru semalam je masuk sekolah untuk sesi 2011,tapi sebenarnya dah tamat sesi 2011.Apa perancangan korang untuk musim cuti sekolah ni?Mesti korang dah plan awal awal kan untuk bercuti.Bukan selalu cuti.Setiap hujung tahun barulah kami ni boleh release tension .Almaklumlah ,dah namanya student so mestilah busy study.Aku pulak tak tau lah nak pergi mane.Maybe duduk kat rumah je kot.Baca novel online,berblogging,dan yang paling penting mestilah tidur sampai tengah hari.Hehehehe..Teruknya perangai.Eh,jangan salah faham pulak,aku mestilah bangun pagi pagi pukul 6.45 or 6.55 untuk sembahyang subuh.Then baru tidur balik.Tapi yang sebenarnya aku ni jenis yang susah nak tidur balik kalau dah bangun so selalunya tak tidur balik but on tv,buka saluran 8tv tengok citer korea.Aku kan peminat cerita korea.Okey stop topik tu.Aku nak bagitau korang ni yang aku dah dapat handphone.Ayah aku bagi.Kalau korang ingat entry yang lepas kan aku ada bagitau yang ayah aku beli phone yang sama jenis dengan abang dan kakak aku tu.Handphone tu diberi kepada aku.Ayah aku cakap hadiah upsr 5A tahun lepas + no 1 dalam setiap exam.Akak aku kut yang cakap macam ni "Dah hujung tahun dah baru dapat".Aku tak kisah pun.(padahal dalam hati dah bersorak macam beruk).Bapa aku beli pulak phone yang lain tapi lain jenis la.Takkan nak sama pulak dengan anak anak dia kan.Ada warna hitam je.Cover belakang dia pulak warna PINK.Okey pe.Selain tu,aku nak ucapkan tahniah kepada budak budak yang baru dapat result UPSR.Tak kisahlah korang dapat berapa A pun.Yang penting korang dah usaha.Kawan aku iaitu NUR IZZATI SYAHIRA or TAM dapat 5 C.Aku cakap dengan dia tak pelah yang penting lulus.Last sekali,aku dah dilantik menjadi pengawas sekolah untuk sesi 2012.Alhamdulillah.



Aku rasa macam perut aku dah berdondang sayang so aku nak pergi makan tengah hari.So semua aku stop sampai disini untuk hari ini.Sekian,terima kasih.Byeeee..Selamat bercuti...^_^






Old things | New things